Aktiviti dan sukan lasak yang menarik di Sungai Merbok

Tak tahu nak buat apa di Sungai Merbok? 4 aktiviti menarik dan sukan lasak yang anda perlu cuba!

Ingin bercuti bersama keluarga, di mana tempat menarik di kedah ? 

Anda penggemar aktiviti sukan lasak, dan ingin mencuba tempat baru?

Jom kita ke sungai Merbok!

“Ha, Sungai Merbok? Dekat mana tu? Apa yang seronoknya di sungai ini berbanding sungai lain yang ada di Malaysia?”

Mungkin ada di antara kita yang belum pernah mengetahui tentang kewujudan sungai Merbok ini.

Oleh itu, sebelum kami menceritakan tentang keseronokan yang ada di Sungai Merbok ini, moleklah kita berkenalan dulu dengan tempat ini. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Sungai Merbok merupakan salah satu tempat menarik di Kedah dan antara sungai utama di Malaysia pada masa dahulu. Walaupun jauh lebih pendek dari Sungai Muda, ia memiliki muara yang paling luas berbanding semua sungai di negeri ini.

Untuk pengetahuan anda, sungai ini sememangnya kaya dengan pelbagai kisah sejarah silam terutama kerajaan Kedah Tua, seperti di Lembah Bujang yang menjadi lokasi kajian arkeologi di Malaysia.

Kini, Sungai Merbok telah dijadikan sebagai pusat pelancongan yang sesuai untuk berbagai aktiviti keluarga dan berkumpulan. Banyak tempat yang menarik untuk anda kunjungi disini.

Oh, sebelum anda memulakan perjalanan ke sana, kami akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang boleh anda lakukan disini.

  1. Kayak sungai Merbok

Bagi yang meminati aktiviti outdoor dan sukan lasak, sungai Merbok ada menyediakan beberapa aktiviti yang sesuai untuk anda. Antaranya ialah Kayak di sepanjang sungai Merbok.

Cuba anda bayangkan, keseronokan berkayak di sepanjang sungai Merbok di samping anda meneroka di kawasan bakau. Di sana, anda melihat kepelbagaian jenis burung yang berterbangan memenuhi langit yang biru. Di tambah lagi dengan pemandangan dikelilingi hutan yang memukau mata yang pastinya akan menenangkan jiwa anda. Oh, indahnya ciptaan tuhan!

Ha, jika anda ingin sesuatu yang berlainan, anda boleh mencuba aktiviti Special Kayak Malam. Jarang ada tempat yang menawarkan aktiviti sebegini! Jadi, sekiranya anda sampai ke sini, jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan kayak pada waktu malam.

Untuk pengetahuan anda kayak pada waktu malam lebih membuatkan kita lebih menghayati dan menghargai kecantikan ciptaan tuhan. Di tambah pula dengan kedinginan malam tanpa sinaran panas cahaya matahari, oanya adalah sesuatu yang anda perlu cuba.

Dan lebih menarik lagi, jika anda bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat plankton yang bercahaya dalam gelap.  Sangat menarik!

 

  1. Syurga Kaki Pancing

Adakah anda kaki pancing? Ingin mencuba di tempat baru? Ha, anda lah orang yang kami cari! Kalau hendak tahu, sungai Merbok juga dikenali sebagai syurga bagi penggemar sukan memancing.

Jika anda ingin menuas ikan pemangsa seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Kerapu dan juga bulan, anda boleh disini. Hal ini kerana, di sungai Merbok ini, terdapat beberapa lubuk istimewa untuk menaikkan ikan pemangsa ini.

Dan yang lebih menarik lagi, anda boleh berkayak sambil memancing disini atau dipanggil ‘Kayak Fishing’. Inilah erti kebahagiaan bagi kaki pancing, apatah lagi jika dapat memancing di tempat yang tidak ramai orang. Sungguh menenangkan!

  1. Aktiviti bekeluarga

Seterusnya, anda berpeluang untuk merasai suasana kehidupan kampung bersama orang tempatan disini.  Ini pastinya, memberikan anda sekeluarga pengalaman baru setelah sekian lama hidup di bandar. Anda juga boleh mempelajari cara-cara menjala udang, menangkap ketam dan mencari lokan. Sangat menarik!

Selain itu, anda juga boleh menaiki rivercruise menyusuri sungai Merbok dan singgah ke Tanjung Dawai sebelum pulang semula ke jeti semeling. Aktiviti santai ini sangat sesuai dilakukan bersama keluarga bagi menambahkan lagi masa berkualiti bersama anak-anak.

Aktiviti seterusnya ialah berbasikal pusing kampung. Pada zaman sekarang ini, ramai kanak-kanak lebih suka duduk di rumah bermain telefon pintar mereka berbanding keluar dari rumah. Jangan risau, liputan telefon yang terhad pasti akan memaksa anak-anak anda untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar.

Justeru itu, Ibu bapa boleh mengambil peluang ini untuk mengajak anak-anak anda untuk berbasikal di sekeliling kampung bagi mengeratkan lagi hubungan diantara mereka di samping dapat menyihatkan tubuh badan.

  1. Aktiviti berkumpulan (Syarikat)

Selain itu juga, pihak syarikat juga dijemput untuk melakukan aktiviti-aktiviti bersama para pekerja mereka disini. Mereka boleh melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan mengadakan aktiviti pemuliharaan hutan seperti Program Tanam Bakau.

Malahan pula, mereka boleh memanfaatkan keindahan dan kecantikan di kawasan sungai Merbok ini dengan mengadakan team building disini. Suasana yang menyamankan ini pastinya akan memberikan kesegaran kepada minda para peserta dan seterusnya akan menambah kualiti mereka.

   

 

Kami di bakauhijau.com sangat menginginkan anda untuk pulang bersama seribu satu pengalaman yang menyeronokkan. Jika anda mempunyai pengalaman yang berbeza untuk dikongsikan tentang aktiviti di sungai Merbok ini, bolehlah kongsikan bersama kami!

 


Published on: June 15, 2020  -  Filed under: Uncategorized


No comments yet


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *