10 Tempat makan best di sekitar Jerai Geopark !

Sebuah percutian itu pastinya tidak akan lengkap sekiranya tiada tempat makan yang sedap dan menarik untuk dikunjungi.

Sekiranya anda berada di sekitar Gunung Jerai, anda perlu cuba di 10 tempat makan yang best yang kami senaraikan di sini! Tempat-tempat yang kami senaraikan ini sudah kami cuba keenakan dan kelazatan makanan mereka sebelum kami letakkan dalam blog kami.

  • Bakau Hijau

Bakau Hijau adalah destinasi pelancongan eko yang berkonsepkan kampung nelayan rumah terapung yang  memberi peluang kepada pencinta alam sekitar dan penggemar aktiviti luar merasai sendiri suasana alam semula jadi yang sungguh mengasyikkan.

Tambahan pula, di Bakau Hijau juga, anda boleh merasai kelazatan makanan laut yang dihidangkan berlatarbelakangkan kecantikan pemandangan yang hutan bakau yang mengelilingi restoran ini. Oh, sungguh menakjubkan, pastinya akan membuatkan anda jatuh cinta!

Buat penggemar makanan laut, anda boleh merasai sendiri kenikmatan apabila makan makanan laut yang segar terus daripada sungai Merbok. Malah anda juga berpeluang untuk merasai sendiri tiram yang segar daripada ladang (Oyster Farm).

Selain itu, disini juga disediakan peralatan untuk BBQ dan juga steamboat untuk aktiviti santai anda bersama keluarga dan rakan-rakan!

  • DSA Cafe – Restoran tepi sungai

Credit:Dsa Fb page

Di sini juga terdapat sebuah restoran yang menyajikan pelbagai hidangan masakan panas yang menjadi tarikan pengunjung untuk makan malam bersama keluarga iaitu DSA Cafe.

Keunikan cafe ini berbanding dengan cafe yang lain ialah lokasinya yang terletak di tepi sungai Merbok. Para pengunjung boleh melihat pemandangan indah apabila matahari terbenam di kelilingi hutan bakau dikiri kanan mereka. Sungguh mempersonakan!

  • At Satay Semeling

Walaupun kawasan disekitar Jerai Geopark ini terkenal dengan makanan

Credit : At Satay Semeling Fb

laut, tetapi anda juga boleh merasai makanan lain yang turut sama popular di kawasan ini.

Jadi, anda juga boleh mencuba menu-menu lain sepanjang anda berada disini. Sekiranya anda ingin makan satay, anda boleh cuba di At Satay Semeling. Keunikan rasa satay ini menjadi punca para pelanggan tidak putus-putus mengunjungi kedai ini. Sekali cuba pasti nak lagi!

  • Dataran Ikan Bakar Tanjung Dawai

Menu wajib yang mesti ada sekiranya kedai berdekatan dengan sungai ialah ikan bakar. Rasa seperti tidak lengkap untuk bercuti berdekatan dengan sungai ataupun laut jika tiada hidangan ikan bakar ini.

Jadi, kami cadangkan anda untuk menjamu selera di Dataran Ikan Bakar Tanjung Dawai yang pasti akan membuatkan anda terpukau. Aroma ketika mereka membakar ikan tersebut pasti membuatkan sangat teruja!

  • Naim Gulai Sembilang

Credit: Naim Gulai sembilang Fb page

Bagi yang ingin merasai kelainan dalam menu makanan, anda boleh pergi ke Naim Gulai Ikan Semilang. Menu istimewa yang disajikan kepada para pelanggan ialah gulai ikan sembilang.

Kelazatan menu yang diusahakan kini telah membawa tuah apabila bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat tempatan, malah para pelancong luar juga turut sama menginginkan menu ini.

  • Puncak Jerai Restaurant

Adakah anda mengimpikan makan di puncak gunung, sambil menikmati pemandangan yang sangat indah. Dikelilingi dengan kepelbagaian biodiversiti yang boleh didapati diatas puncak ditambah pula suasana yang dingin dan udara yang nyaman. Sangat menarik!

Jika itu yang anda impikan, Puncak Jerai Restaurant adalah tempatnya! Restoran ini menyajikan hidangan antarabangsa yang pastinya bakal membuat anda tidak merasa rugi mencuba.

Adakah anda ingin menyambut hari ulang tahun bersama pasangan anda? Ha, disinilah tempatnya, pemandangan yang romantik ini, tidak ragu lagi bakal membuatkan pasangan anda jatuh cinta sekali lagi kepada anda.

  • Ladang Nira Nipah Ismail Che Kar

Ingin mencuba tempat baru untuk beristirehat dan bersantai bersama

Credit: Ismail Che Kar Fb

keluarga? Tempat lain daripada yang lain? Kalau macam itu, anda boleh pergi ke Ladang Nira Nipah.

Ladang ini merupakan tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menghirup udara yang segar dan di kelilingi dengan pokok nipah asli. Tambahan pula, ladang ini menyediakan air nira yang sungguh segar untuk dinikmati para pengunjung .

Ha, kalau hendak tahu, landskap yang menarik ini menjadi satu keunikan yang sukar di dapati di mana-mana tempat serta menjadi tumpuan ramai pelancong.

  • Pawana Jerai Resort

    Credit:Pawana Jerai Fb

Makanan lazat ditambah dengan pemandangan laut yang cantik memang

menjadi carian utama buat para pelancong. Kedua-dua ciri itu ada di Pawana Jerai Resort.

Memang sesuai untuk pasangan suami isteri berbulan madu atau menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka. Di tambah pula dengan tahap privasi disebabkan kawasan itu adalah kawasan persendirian.

  • Kawasan Pulau Sayak Terkenal dengan Mee udang laut

Ha, mesti ada yang mengidam makan mee kan? Jangan risau, anda juga boleh mendapatkan yang popular sekiranya anda berkunjung ke sini. Anda boleh ke kawasan Pulau Sayak untuk menikmati Mee Udang.

Apa yang istimewa mee udang ini adalah, mereka menggunakan udang laut yang segar, baru naik daripada laut. Sungguh melazatkan!

  • Cucur Tradisional

Asyik makanan berat sahaja, tiada makanan ringan atau snekkah? Jangan risau di kawasan sekitar Jerai Geopark turut menyediakan makanan ringan dan sedap. Yang paling penting popular, baru menjadi tumpuan para pelancong.

Jadi, kalau anda ingin mencuba makanan ringan disini, anda boleh dapatkan Cucur tradisional yang sedap dan murah untuk santapan anda di petang hari.

Kami di bakauhijau.com sangat menginginkan anda untuk pulang bersama seribu satu pengalaman yang menyeronokkan. Jika anda mempunyai pengalaman yang berbeza untuk dikongsikan tentang tempat yang makan yang best di sekitar Jerai Geopark ini, bolehlah kongsikan bersama kami!


Published on: June 15, 2020  -  Filed under: Uncategorized


No comments yet


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *